KATA ALUAN

KATA-KATA ALUAN

 

Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah s.w.t kerana, dengan limpah dan kurnianya dapatlah kita bagi sessi persekolahan 1999 ini. Semoga dengan kesihatan dan tenaga yang diberikan, dapat kita meningkatkan usaha ke arah pencapaian yang lebih cemerlang.

 

Di sini, saya mengambil kesempatan merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas usaha gigih yang telah dijalankan oleh guru-guru sama ada dalam bidang akademik, ko-kurikulum atau dalam bidang lain di sekolah ini; sepanjang tahun 1998.

 

Marilah kita sama-sama memperbaharuhi semangat dan berganding bahu dalam satu pasukan untuk meningkatkan lagi pencapaian murid-murid dalam semua bidang. Saya yakin masih ada kelemahan di sana sini yang perlu diperbaiki, masih ada usaha-usaha yang perlu dimantapkan dan masih ada kerja-kerja yang perlu ditingkatkan untuk mencapai KECEMERLANGAN.

 

Sekian. Terima Kasih.

 [aluan][sejarah][motto][organisasi][staf]